STEM IoT Paper Cup Telephone
30 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2024, Isnin petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gunung Hilir telah mengadakan aktiviti bersama pelajar sekolah berkaitan modul STEM IoT iaitu Paper Cup Telephone. Sebelum menjalankan aktiviti, petugas akan membuat tayangan video demontrasi melalui YouTube. Seterusnya para pelajar akan mencipta Paper Cup Telephone menggunakan bahan-bahan seperti cawan kertas, tali dan pencungkil gigi.
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mendengar gelombang suara rakan melalui tali dan cawan kertas kerana getaran bunyi bergerak melalui tegangan tali dan konduktor pepejal seperti cawan yang akan menghasilkan bunyi yang lebih jelas. Hal ini demikian kerana getaran bunyi boleh bergerak melalui udara, pepejal dan cecair.
Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat meminati subjek sains yang berteraskan modul STEM-IoT kerana dapat mewujudkan pemikiran luar kotak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: