Lawatan Kerja Ketua Pegawai Pembangunan (MCMC)
23 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2024, Selasa NADI Kampung Gunung Hilir telah menerima lawatan kerja oleh Ketua Pegawai Pembangunan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia IR. Azizi A. Hadi serta diiringi oleh pihak Maxis dan MCMC Kedah. Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 10.40 pagi disertai jamuan ringan.
Sesi pembentangan oleh pengurus NADI tentang perkembangan perkhidmatan pintar di NADI yang telah berlansung dalam tempoh sebulan selepas roadshow yang diadakan pada September lepas. Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah dan juga melalui program bersama komuniti madani telah pun dibentangkan. Perkongsian dan sambutan baik oleh komuniti juga diterangkan bagi melihat kesan positif selepas perlaksanaan baru perkhidmatan pintar selepas 10 tahun NADI beroperasi dengan perlaksanaan program yang pelbagai kepada komuniti dari semasa ke semasa.
Lawatan ini memberi manfaat kepada petugas dan juga pengurusan tertinggi supaya dapat bertukar pandangan dan boleh menambahbaik perkhidmatan dimasa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: