Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar (Kluster Kota Setar)
30 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Oktober 2024, Selasa NADI Kluster Kota Setar telah dijemput oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Mergong sempena program Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar.
Program berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan Ibnu Al Baitar beserta pameran NADI bersama-sama agensi yang lain iaitu JPJ dan PDRM.
Taklimat NADI disampaikan bertajuk buli siber kepada tetamu jemputan dan pelajar sekolah rendah dengan isu-isu semasa serta pencegahan dan kawalan. Pameran turut diadakan seperti saringan kesihatan, pendaftaran mydigital ID dan juga NADI-TinyTechies iaitu microbit.
Program ini dapat mewarwarkan tentang perkhidmatan yang ada di NADI kepada pihak sekolah bagi menawarkan tuisyen percuma kepada para pelajar dan juga berkaitan NADI-TinyTechies.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: