Memperkasa Komuniti Kuala Kedah Melalui Program Klik Dengan Bijak (KDB) Di NADI Kuala Kedah
11 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2024, Sabtu Program Memperkasa Komuniti Kuala Kedah Melalui Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan dengan jayanya melalui kerjasama NADI Kluster Kota Setar bersama MCMC Kedah. Persiapan selama 2 bulan itu telah berjaya meraikan seramai 250 komuniti Kuala Kedah yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan Lazim Ahli Suruhanjaya MCMC dengan kehadiran Pengarah MCMC Kedah, En Mazlan Othman, diikuti dengan En Mohd Salleh Bin Mahmud Penghulu Mukim Kuala Kedah.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program adalah Taklimat Klik dengan Bijak “Internet, Dosa Pahala” yang akan disampaikan oleh Pn Nur Salsabila Mohamad Jaidi, Penolong Pengarah MCMC Negeri Kedah. Selain itu, agensi jemputan turut mengadakan taklimat iaitu daripada Bank Simpanan Nasional, MARA, TEKUN, KWSP, ASNB, dan PERKESO.
Beberapa pertandingan turut dianjurkan iaitu pemakaian kain batik dan kain pelikat, kuiz kahoot untuk pelajar sekolah serta memancing dugong kepada komuniti sekitar. Hadiah cabutan bertuah juga tidak ketinggalan disediakan kepada pengunjung bertuah. Jualan Rahmah dan jualan daripada usahawan NADI juga antara tarikan yang memeriahkan lagi program pada hari tersebut.
Program ini memberi manfaat kepada komuniti setempat kursusnya penduduk untuk mendapat maklumat yang tepat daripada agensi yang turun padang dengan perkhidmatan yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: