Roadshow Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
21 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 hingga 22 September 2024, telah diadakan Roadshow Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kedah dan Perlis untuk sesi yang ke- 17. Pengarah projek Encik Azahari Osman telah memberi Taklimat Pelaksanaan Program Perkhidmatan Pintar NADI kepada petugas NADI yang hadir dan menjelaskan halatuju baharu perlaksanaan NADI dalam mencapai target keahlian 1 juta kepada NADI diseluruh Malaysia.
Objektif kali ini memberi nafas baharu kepada perkhidmatan di NADI menerusi Program Perkhidmatan Pintar iaitu melibatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (E-Tuisyen, E-Sport, TVET, STEAM), Kemahiran Diri dengan modul Jahit, Foto, Masak, Pertanian, dan juga gajet, Kesejahteraan Kendiri melibatkan Saringan Pemeriksaan Kesihatan, program Kesedaran iaitu SAFE Internet, Anti- Scam serta program Keusahawanan melibatkan Emphowher, Preneur, dan Kidpreneur.
Secara keseluruhannya, perlaksanaan baharu ini boleh memberi impak positif kepada semua golongan komuniti setempat disamping dapat menyertai program yang lebih menarik dengan pengisian yang lebih padat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: