BENGKEL MAKE-UP SYAWAL
12 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 3 dan 11 Julai 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah menganjurkan 'Bengkel Mekap' sempena bakal menjelang Hari Raya Aidilfitri. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya golongan belia dan wanita menyertai program-program yang bermanfaat disamping dapat menjalinkan hubungan erat diantara staff PI dan komuniti setempat. Kelas diadakan oleh seorang Jurusolek muda yang profesional, berpengalaman dan aktif mengadakan bengkel disekitar Kedah.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Kehadiran: Golongan belia & wanita (18 orang)
Tarikh : 3 dan 11 Julai 2015
Masa : 11.00 pagi -2.30 petang
Tempat : PI Gunung Hilir (Bilik Training)
Tujuan Program diadakan:-
•Untuk menggalakkan komuniti menyertai program anjuran PI dan kursus kepada golongan belia dan wanita.
•Sebagai program kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan baik antara staff PI dan komuniti
•Memberi pendedahan tentang kewujudan PI dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Program/modul yang dijalankan:
1)Taklimat KDB & Pengenalan PI
•Penerangan tentang PI dan fungsi PI ditubuhkan
•Keselamatan dan panduan ketika menggunakan Internet
•Menjaga maklumat peribadi ketika melayari internet
2)Asas make-up (teori & praktikal)
•Peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas solekan dan diberi peluang untuk mengadaptasikan teknik yang ditunjukkan kepada wajah masing-masing.
•Pelbagai teknik diajar, dari mata, kening, pipi dan muka ditunjukkan bagi mendapatkan teknik asas mekap yang cantik dan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: