KELAS AGAMA "PEMANTAPAN AKIDAH"
11 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Sempena bulan Ramadan, Pusat Internet 1 Malaysia Gunung Hilir telah mengadakan satu program Kelas Agama "Pemantapan Akidah" yang terdiri daripada empat sesi pembelajaran. Program tersebut diadakan pada 19 dan 26 Jun serta 3 dan 10 Julai 2015 yang disertai oleh para pelajar sekolah rendah seramai 15 orang. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti terutamanya pelajar sekolah menyertai program-program yang bermanfaat supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang tidak dingini. Program anjuran PI ini juga memberi peluang kepada mereka untuk belajar ilmu pengetahuan bagi menarik minat mereka kepada pelbagai modul/subjek bagi menarik minat mereka untuk bidang yang bakal diceburi kelak
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:-
Kelas diadakan pada setiap minggu
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang-5.00 petang
Durasi : 2 jam
Kehadiran : 15 Orang
Sesi : Empat sesi
Tujuan Program kelas agama diadakan:-
•Untuk mengajak komuniti menimba ilmu keagamaan sempena bulan mulia Ramadan.
•Bagi menggalakkan pelajar mempelajari/menyertai program ilmiah yang berfaedah
•Sebagai program kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan baik antara staff PI dan komuniti
•Memberi pendedahan berkongsi ilmu agama selain daripada Kelas ICT dan memberi peluang menggunakan kemudahan yang ada untuk belajar dengan selesa.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:-
Program/modul yang dijalankan:-
1)Taklimat KDB
•Penerangan tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi
•Keselamatan dan panduan di Internet
2)Solat & Wuduk (teori & praktikal)
•Pelajar diajar tentang asas solat dan pengambilan wuduk yang betul
•Bacaan dalam solat dan doa yang betul
•Bacaan jawi
3)Rukun Solat (teori)
•Pelajar didedahkan tentang rukun-rukun solat
•Perkara yang membatalkan solat
•Bacaan jawi
4)Puasa (teori)
•Perkara yang membatalkan puasa
•Penulisan jawi & bacaan jawi
5)Tayangan video pembelajaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: