Program Memasak Bubur Asyura Bersama JKK Kg Gunung Hilir & Penduduk Sekitar
23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan supaya pihak PI dan komuniti dapat bersama-sama berkumpul dan mengadakan gotong-royong disamping dapat mengeratkan hubungan siratulrahim. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan mereka menyertai aktiviti sihat dan bermanfaat. Program ini adalah salah satu program wajib tahunan penduduk kampung bergotong royong memasak bubur asyura secara beramai-ramai.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 22 Oktober 2016 (SABTU)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 t/tengahari
Tempat : Perkarangan Taman Rekreasi, Gunung Keriang
Tujuan Program diadakan :
Tujuan program ini dijalankan adalah sempena kedatangan Hari Asyura 10 MUHARRAM yang diadakan antara PI Gunung Hilir dan komuniti setempat. Disamping itu, Pusat Internet juga dapat meluangkan masa beramah mesra bersama komuniti disamping mempromosikan fungsi PI kepada mereka. Program kemasyarakatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI dan komuniti setempat Gunung Keriang sekaligus dapat mengekalkan kerjasama yang baik pada masa akan datang.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
- Sarapan pagi bersama penduduk sekitar dan JKKK kampung beserta AJK masjid.
- Gotong-royong menyediakan peralatan dan bahan untuk membuat bubur asyura.
- Memasak bubur asyura secara bergotong-royong selama 4 jam untuk disiapkan bersama penduduk setempat sebelum diedarkan kepada orang ramai.
- Mengedarkan beberapa bungkusan Bubur Asyura kepada penduduk sekitar yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: