Klik Dengan Bijak (Kdb) Cyber Challenge Di Muzium Padi, Gunung Keriang Sempena Karnival Lesong Kedah 2016
27 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang Program Klik Dengan Bijak yang diterap melalui aktiviti dan dapat mengenali tempat-tempat menarik di negeri Kedah iaitu Muzium Padi. Selain itu, ia juga menguji minda para peserta dan mewujudkan kerjasama secara berkumpulan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 26 Mei 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Muzium Padi, Gunung Keriang
Kehadiran : 21 Kumpulan (42 orang)
Anjuran : Kerjasama Pusat Internet Gunung Hilir, Jerlun,
Napoh, Kodiang, dan Pokok Sena.
Tujuan Program diadakan :
“Sempena Karnival Lesong Kedah 2016 di Muzium Padi” satu program KDB Cyber Challenge berbentuk explorace telah diadakan bertujuan untuk mendedahkan program “Klik Dengan Bijak” kepada peserta melalui pertandingan yang melibatkan penggunaan whatapps & video di sekitar kawasan Muzium Padi.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
• Penerangan oleh staf PI tentang pertandingan KDB Cyber Challenge dan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta.
• Sesi memanaskan badan sebelum sesi bermula.
• Melibatkan beberapa Checkpoint yang melibatkan sekitar kawasan Muzium Padi.
• Penyampaian hadiah dan sesi bergambar bagi pemenang.
• Jamuan makan tengahari disediakan bersama peserta yang terlibat setelah tamat sesi KDB Cyber Challenge
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: