Online Marketing (Enterpreneur) Pusat Giat Mara Alor Setar & Kuala Kedah
24 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta secara jelas mengenai konsep-konsep asas utama perniagaan atas talian yang berkaitan dengan permulaan, pembangunan dan perjalanan perniagaan. Ia juga dapat memberi manfaat kepada usahawan muda yang memulakan perniagaan dengan mempelajari aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dalam perniagaan mereka. Program ini merangkumi slot berkaitan Facebook Page, Whatsapp Application, Editing Picture dan juga Mudah.my.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 12 Oktober 2016 (Rabu) & 23 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Giat Mara Alor Setar & Kuala Kedah
Kerjasama : Kerjasama PI Gunung Hilir, Jerlun, Pokok Sena, Napoh dan Kodiang
Tujuan Program diadakan :
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pemasaran atas talian bagi permulaan untuk memulakan perniagaan atau untuk menjadi usahawan online. Selain itu, tujuan program usahasama PI dan Giat MARA adalah untuk memberi pendedahan tentang modul keusahawanan secara praktikal dan tentang hala tuju bidang perniagaan selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan ekonomi secara atas talian (online).
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
- Cara pemasaran Online menggunakan media sosial (What Apps, We chat, Facebook, Instagram, Pages ).
- Pemasaran melalui “Application Smartphone” seperti ‘Mudah.my, Shoppee.my, Clipper, Bizapp, Pages Manager'.
- Cara menangkap gambar produk secara professional dan mudah menggunakan ‘Smartphone’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: