Program Pembangunan Latihan Kepada Staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Anjuran ITU-UUM
14 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
ITU-UUM Menganjurkan Program Pembangunan Latihan Kepada Pengurus Dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI). ITU-UUM telah bekerjasama dengan Nera Infocomm (M) untuk menganjurkan Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI) di Kedah. Program latihan yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada skop ICT berasakan kepada keperluan yang diberikan oleh Nera Infocomm (M) Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia Malaysia.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 27 & 28 Februari 2016 (Sabtu & Ahad) dan juga 12 & 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Universiti Utara Malaysia
Anjuran : ITU-UUM Asia Pasific Centre of Excellence for Rural ICT Developent (ITU- UUM), Universiti Utara Malaysia
Kehadiran : Pengurus Dan Penolong Pengurus Cawangan Kedah Serta Putrajaya, Linggi Dan Semenyih
Tujuan Program diadakan :
- Hasil dapatan daripada bengkel yang diadakan ini, para peserta seterusnya akan memberikan latihan secara langsung kepada penduduk setempat. Selain itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada peserta untuk memajukan diri serta Pusat Internet kearah yang lebih baik
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
- SLOT 1
Designing Attractive Content(Poster), Brochures dan lain-lain yang dikendalikan oleh Encik Jasni Ahmad, UUM - SLOT 2
Program Kelestarian : Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan oleh Puan Nadirah Haji Samsuri kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: