Program Santai Sihat Gunung Keriang
4 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan sebagai program sihat atau riadah dan menyemai cintakan alam semulajadi disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI dan Pejabat Penghulu Mukim Gunong bersama-sama Pejabat Daerah Kota Setar di Gua Gunung Keriang.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 3 Mac 2016 (8.30 Pagi)
Tempat : Gua Gunung Keriang
Anjuran : PI Gunung Hilir dan Pejabat Penghulu Mukim Gunong
Kehadiran : Belia dan dewasa
Tujuan Program diadakan :
- Sebagai program sihat dan menyemaikan diri cintakan alam semulajadi
- Memperkenal dan mempromosikan kawasan eko pelancongan Gua Gunung Keriang yang akan dibuka kepada umum.
- Komuniti mendapat pendedahan tentang keindahan alam semulajadi dan mendidik supaya menghargai tanpa melakukan vandalisma.
- Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat antara staf PI dan Pejabat Daerah Kota Setar.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
- Penerangan oleh Pejabat Daerah Kota Setar mengenai Gua Gunung Keriang dan peraturan yang perlu dipatuhi.
- Sesi memanaskan badan sebelum pendakian dilakukan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
- Pendakian melalui menara 8 tingkat sebelum melalui jambatan untuk naik ke gua.
- Melalui lima laluan checkpoint dan dapat menikmati pemandangan didalam gua yang menarik dan tersergam indah.
- Jamuan makan tengahari disediakan bersama peserta yang terlibat setelah tamat sesi pendakian.
- Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: